◉ HEADLINES

Gencatan senjata 4 hari di Gaza bermula hari ini

Ia adalah jeda pertama dalam perang 48 hari yang memusnahkan wilayah Palestin

2:48 PM MYT

 

GAZA – Tiada laporan mengenai pengeboman, serangan artileri atau roket ketika Israel dan Hamas memulakan gencatan senjata selama empat hari di Gaza hari ini, jeda pertama dalam perang 48 hari yang memusnahkan wilayah Palestin.

Gencatan senjata itu bermula pada jam 7 pagi waktu tempatan membabitkan gencatan senjata menyeluruh di utara dan selatan Gaza.

Ia juga menyaksikan pembebasan tebusan 13 wanita dan kanak-kanak oleh Hamas selain bantuan dapat disalurkan ke kawasan yang dikepung.

Sebilangan tahanan Palestin di penjara Israel akan dibebaskan sebagai pertukaran.

Seorang wartawan Reuters berhampiran bahagian utara Gaza tidak mendengar aktiviti tentera udara Israel dan kesan daripada pelancaran roket.

TV Al-Mayadeen Lubnan melaporkan sejak permulaan gencatan senjata, tiada bunyi pengeboman kedengaran di Gaza.

Siren dibunyikan di dua perkampungan Israel di luar Gaza selatan, memberi amaran kemungkinan roket Palestin masuk.

Bagaimanapun, tiada pengesahan segera mengenai sebarang pelancaran roket.

Pertempuran berlarutan dalam beberapa jam sebelum gencatan senjata, dengan pegawai di dalam wilayah terkepung yang diperintah Hamas berkata sebuah hospital di Gaza City antara sasaran yang dibom.

Kedua-dua pihak juga memberi isyarat bahawa jeda akan berlangsung sementara sebelum pertempuran disambung semula.

Hospital Indonesia berdepan serangan bom tanpa henti, beroperasi tanpa cahaya dan dipenuhi dengan warga emas dan kanak-kanak yang terbaring di katil terlalu lemah untuk dipindahkan, kata pegawai kesihatan Gaza.

Al-Jazeera memetik Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza, Mounir El Barsh sebagai berkata seorang pesakit, seorang wanita yang cedera terbunuh manakala tiga yang lain cedera.

Agensi berita Shehab melaporkan trak minyak memasuki lintasan Rafah sebaik sahaja gencatan senjata bermula.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al-Ansari berkata, 130,000 liter diesel dan empat trak gas akan dihantar setiap hari ke Gaza apabila gencatan senjata bermula, dan 200 trak bantuan akan memasuki Gaza setiap hari.

Malah katanya, rakyat Palestin dijangka dibebaskan dari penjara Israel.

“Kita semua berharap bahawa gencatan senjata ini akan membawa kepada peluang untuk memulakan kerja yang lebih luas untuk mencapai gencatan senjata kekal,” katanya.

Hamas mengesahkan di saluran Telegramnya bahawa semua permusuhan daripada pasukannya akan dihentikan. – Agensi

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related