◉ HEADLINES

MPT Bersatu mahu Muhyiddin terus kekal jawatan Presiden

Keputusan itu dicapai secara konsensus selepas mesyuarat tergempar MPT Bersatu, petang ini

7:01 PM MYT

 

SHAH ALAM – Bersatu menolak keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung tahun depan.

Sumber berkata, keputusan itu dicapai secara konsensus selepas mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, petang ini.

“Setiap ahli MPT ditanya sama ada mahu menawarkan diri untuk menjadi Presiden menggantikan Muhyiddin, namun tiada ahli MPT yang mahu berbuat demikian.

“Semua secara konsensus menolak keputusan Presiden itu,” katanya kepada Scoop, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu kenyataan berkata, MPT sebulat suara berpendirian bahawa kepimpinan Muhyiddin diperlukan oleh parti
dan negara.

“Mesyuarat khas membincangkan pengumuman Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan dasar pada PAT Bersatu, pagi tadi, untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan parti yang akan diadakan sebelum hujung tahun depan.

“Mesyuarat telah sebulat suara membuat ketetapan untuk menolak cadangan Muhyiddin tidak mempertahankan jawatan beliau pada pemilihan parti,” katanya.

Mesyuarat tergempar itu yang berlangsung hari ini dipengerusikan Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Terdahulu, Muhyiddin ketika Ucapan Dasar Presiden Bersatu pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) parti itu, mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti akan datang.

Ahli Parlimen Pagoh itu memaklumkan keputusan tidak mempertahankan jawatan Presiden Bersatu dibuat untuk memberi ruang kepada pemimpin pelapis berpengalaman mengambil alih kepemimpinan mengikut proses demokrasi, selain meneruskan agenda perjuangan parti.

Serentak itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) juga mengumumkan akan memperlahankan kerjaya politiknya, selain kekal menganggotai Bersatu. – 24 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related