◉ HEADLINES

PKR tidak akan amal budaya punggah kekayaan demi parti: Anwar

Sebaliknya, beliau mahu Kira bergerak sendiri dalam menjana pendapatan tanpa menggunakan dana kerajaan

10:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan PKR sebagai parti politik matang tidak akan meneruskan amalan politik kerajaan terdahulu yang menggunakan kuasa untuk memunggah kekayaan demi kepentingan diri dan parti.

Sebaliknya, Perdana Menteri yang juga Presiden PKR berkata, beliau mahu Koperasi Keadilan Berhad (Kira) bergerak sendiri dalam menjana pendapatan tanpa menggunakan dana kerajaan.

“Parti ini sudah matang dan ditampuk penguasaan.

“(PKR) Tidak mahu meneruskan budaya parti-parti politik berkuasa (sebelum ini) menggunakan kuasa, memunggah kekuasaan untuk kepentingan diri dan parti,” katanya pada Majlis Makan Malam Kira di sini, hari ini.

Menurut Anwar lagi, beliau akan memantau perkembangan Kira dari semasa ke semasa agar ia dapat memperkasa ekonomi rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Rafizi Ramli dan isterinya di Majlis Makan Malam Koperasi Keadilan di Hotel InterContinental. – Gambar Azim Rahman/Scoop, 24 November, 2023

“Koperasi adalah satu agenda ekonomi rakyat serta agenda reformasi yang perlu disokong dan diperkasakan.

“Kesemua pemimpin mesti menunjukkan komitmen untuk agenda ini dan saya akan pantau sesiapa yang tidak memenuhi atau membantu menjayakannya.

“Semoga reformasi ini akan menjadi ikutan parti lain,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Kira turut mengumumkan akan membuka 10 cawangan Kira Mart tahun hadapan serta sebuah pusat asuhan yang akan mula beroperasi pada pertengahan 2024.

Langkah itu merupakan salah satu usaha untuk menggembangkan perniagaan ahli koperasi sekaligus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi negara.

Turut hadir Menteri Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

Majlis itu turut dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian daripada Datuk M Nasir dan Ella. – 24 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

◉ Related