◉ HEADLINES

KPM dikecam tidak hormati perayaan kaum Dayak, jika sekolah dibuka 3 Jun maka…

Cuti penggal pertama sesi persekolahan tahun depan tidak mengambil kira cuti Hari Gawai yang jatuh pada 1 dan 2 Jun

1:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Brodi kesal kalender akademik 2024 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM) seolah-olah tidak peduli dan sensitif dengan masyarakat Dayak di Sarawak.

Menurutnya, ini kerana mengikut kalendar tersebut, cuti bagi penggal pertama persekolahan tahun depan ditetapkan pada 25 Mei hingga 2 Jun 2024 dan tidak mengambil kira cuti perayaan Hari Gawai yang jatuh pada 1 dan 2 Jun.

“Perayaan ini amat penting bagi orang Dayak dan semua keluarga akan berusaha balik ke rumah panjang walaupun sejauh mana kampung masing-masing.

“Sekiranya sekolah dibuka pada 3 Jun, maka anak-anak kami dan guru-guru yang mengajar jauh terpaksa balik ke sekolah pada hari kedua Gawai dan sesetengah terpaksa balik pada hari pertama Gawai kerana sekolah amat jauh… ada terpaksa guna perahu dan berjalan kaki sebelum dapat menaiki kereta.

“Malah masyarkat Dayak yang duduk di bandar juga mungkin tak balik ke kampung kerana masa singkat untuk bergawai bersama keluarga di kampung memandangkan anak-anak terpaksa bersekolah,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menasihati KPM agar lebih sensitif, inklusif dan bertoleransi dalam perkara itu.

“Oleh demikian, saya beranggapan dalam kita mendukung dan menyemai semangat Madani kita harus bermula dengan bersemangat sensitif, inklusif dan toleransi terhadap semua kaum di negara ini dan tiada satu-satu kaum harus merasa tertindih atau tidak dihormati.

“Walaupun tidak seagama dan sebangsa, kita semua manusia biasa yang ada keperluan, kepentingan perasaan dan kehendak berlainan, jadi kita harus menghormati semua itu,” katanya.

Susulan itu, Doris turut bertanya kepada KPM adakah pihaknya akan mengambil kira perkara itu dengan melanjut atau meminda kalendar akademik 2024/2025.

“Adakah KPM akan melanjut atau mengubah cuti sekolah di Sarawak agar kami sama-sama boleh meraikan Gawai dengan damai dan Sejahtera.

“Jika ya, bila ia akan dipinda untuk disebarkan kepada umum,” soalnya. – 27 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

October date for F1 in Malaysia

Malaysia on course to make a surprise return to the Formula One calendar, with Sepang standing in for Bahrain

CAS eases ban on seven naturalised players; suspension limited to official matches, FAM still fined RM1.8m

KUALA LUMPUR – The Court of Arbitration for Sport (CAS) has partially upheld an appeal by seven footballers sanctioned over falsified documents in an eligibility case linked to the Football Association of...

◉ Related