◉ HEADLINES

‘Saya tonton Keluang Man sejak umur 12 tahun, tak sangka akhirnya dipilih bawa watak ini’

Dia menewaskan lebih 300 peserta yang dikehendaki menghantar video yang memerlukan mereka memperkenalkan diri dan melakonkan pelbagai ekspresi wajah

3:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pernah membeli kostum adiwira untuk menghiburkan anak-anaknya, pelakon Nas-T tidak menyangka akhirnya dia dipilih memegang watak Keluang Man yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Menurut Nas-T atau nama sebenarnya Nas Muammar Zar Nasruddin, 40, sebagai pencinta adiwira, dia turut terjebak membeli kostum watak itu.

“Saya selalu pakai untuk menghiburkan anak-anak saya. Saya pernah juga terfikir kan best (seronok) kalau dapat jadi ‘superhero’ dalam filem.

“Bila saya beritahu anak-anak bahawa saya akan melakonkan watak Keluang Man, mereka sangat gembira,” katanya ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan barisan pelakon filem berkenaan.

Ditanya apa yang membuatkan dia menyertai sesi uji bakat untuk melakonkan watak Keluang Man, Nas-T berkata, dia membesar dengan menonton siri animasi itu.

Nas-T menewaskan 300 calon lain dengan menghantar video uji bakat mengenai sebiji burger. – Gambar Astro, 29 November, 2023

“Saya menonton Keluang Man sejak umur saya 12 tahun lagi. Sebagai seorang peminat siri superhero, saya sangat teruja bila melihat kita ada superhero kita sendiri.

“Tetapi saya tak sangka saya yang akan memainkan watak Borhan itu,” ujarnya.

Menewaskan lebih 300 calon yang menghantar video untuk uji bakat, kongsi Nas-T, dia sekadar menghantar rakaman mengenai sebiji burger.

“Setiap pelakon perlu memperkenalkan diri dan melakonkan pelbagai ekspresi seperti sedih, gembira, marah dan sebagainya, menerusi video yang perlu dihantar kepada pihak produksi.

“Pada ketika itu, saya lapar dan terfikir nak makan burger. Jadi saya fikir dialog apa yang paling sesuai. Akhirnya saya buat video saya suka makan burger. Tak sangka selepas seminggu, saya dapat panggilan daripada pihak produksi,” kongsinya.

Selain Nas- T, antara pelakon turut membintangi filem arahan Anwari Ashraf itu adalah Datuk Rosyam Nor, Remy Ishak dan Anwar Beg Moghal.

Filem Keluang Man yang diterbitkan Astro Shaw bakal menjalani penggambaran pada April tahun hadapan dan ditayangkan pada 2025. – 29 November 2023

Topics

 

◉ Popular

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

[WATCH] Reforms in motion: Kulasegaran outlines major legal and institutional changes

From a proposed Human Rights Tribunal to restoring Parliament’s autonomy and overhauling core laws, Kulasegaran says reforms are advancing, even if public awareness has not caught up.

◉ Related