◉ HEADLINES

Perkhidmatan SGC guna fasiliti kesihatan sedia ada, takkan jadi tempat abai ibu bapa enggan dijaga anak

Ini kerana ianya bukanlah fasiliti dengan infrastruktur berasingan serta tidak dibuka 24 jam

12:30 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan perkhidmatan Seamless Geriatric Care (SGC) akan menggunakan fasiliti hospital dan klinik kesihatan sedia ada yang turut menawarkan perkhidmatan kesihatan lain, selain geriatrik.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, justeru, ia tidak akan menjadi tempat pengabaian ibu bapa yang enggan dijaga anak-anak kerana ianya bukanlah fasiliti dengan infrastruktur berasingan serta tidak dibuka 24 jam.

“Perkhidmatan SGC ini adalah menggunakan fasiliti hospital dan klinik kesihatan sedia ada dan dirancang untuk diperluaskan di setiap negeri.

“Sehingga kini, terdapat 14 pusat yang melibatkan perkhidmatan multi-disiplin di hospital dan klinik kesihatan KKM yang menawarkan perkhidmatan ini.

“Perkhidmatan di pusat ini turut melibatkan kolaborasi dari pelbagai pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan komuniti,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri SH Mohd Puzi Sh Ali (BN-Pekan) yang mahu Menteri Kesihatan menyatakan bagaimana KKM mampu memastikan penubuhan Pusat Geriatrik tidak menjadi tempat pengabaian ibu bapa oleh anak-anak yang enggan menjaga mereka.

Dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 , katanya, salah satu perancangan KKM bagi memperkukuh program penjagaan kesihatan untuk warga emas adalah untuk menyediakan pusat dengan perkhidmatan SGC bagi memperluaskan lagi perkhidmatan penjagaan geriatrik.

Selain itu, Zaliha berkata, KKM juga sedang berusaha memperluaskan perkhidmatan ini ke seluruh negara secara berfasa agar perkhidmatan geriatrik yang berkualiti dapat ditawarkan secara komprehensif dan berkesan di pelbagai peringkat.

“Kerjasama antara pakar geriatrik di hospital KKM dan pakar perubatan keluarga di klinik kesihatan KKM akan sentiasa dipertingkatkan bagi memperluaskan lagi perkhidmatan ini demi kesejahteraan pesakit warga emas di Malaysia,” katanya. – 30 November, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related