◉ HEADLINES

Gaza kembali dibedil Israel, orang awam antara yang cedera

Agensi Berita WAFA melaporkan dua bayi perempuan terkorban akibat serangan udara Israel di kawasan Assqoula dan Shujaeya

5:42 PM MYT

 

GAZA – Sejumlah penduduk awam Palestin terutama kanak-kanak dan wanita, terkorban atau cedera pada pagi Jumaat apabila tentera penceroboh Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza dari darat, laut dan udara.

Serangan berlaku sejurus selepas tamatnya jeda kemanusiaan sementara selama tujuh hari yang diatur oleh Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

Agensi Berita WAFA melaporkan dua bayi perempuan terkorban akibat serangan udara Israel di kawasan Assqoula dan Shujaeya di Bandaraya Gaza.

Kira-kira 20 orang awam cedera dalam serangan udara dan mangsa dikejarkan ke Hospital Al-Ahli Baptist.

Dalam kejadian berasingan, empat rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah rumah di Rafah, di selatan Gaza.

Sementara itu, Israel melancarkan beberapa serangan menyasarkan rumah orang awam di barat Bandaraya Gaza dan beberapa kawasan lain.

Seorang penduduk Gaza melihat rumahnya yang musnah akibat serangan Israel – Gambar Agensi Berita WAFA, 1 Disember, 2023

Kawasan barat Bandaraya Gaza, khususnya Al-Nasr, Tal Al-Hawa, Sheikh Radwan dan kawasan Sheikh Ajleen, antara yang menjadi sasaran tembakan dan bom Israel.

Israel turut melakukan serangan udara ke atas bandar Abasan di timur Khan Yunis di selatan Gaza serta mengebom timur Governorat Pusat dan Khan Yunis di selatan.

Serangan laut dan meriam juga dilaporkan di sepanjang pantai Bandaraya Gaza, Nuseirat, Zawayda dan kawasan timur dan barat di tengah Gaza.

Sekurang-kurangnya 15,000 penduduk Palestin termasuk lebih 6,500 kanak-kanak dan lebih 3,000 wanita terbunuh sejak bermulanya kempen pembunuhan beramai-ramai di Gaza pada 7 Oktober. – 1 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

◉ Related