◉ HEADLINES

Nama dikait bakal digugurkan dalam rombakan Kabinet, ‘itu hak prerogatif PM’: Dr Zaliha

Katanya, belum ada apa-apa berita rasmi dimaklumkan mengenai perkara itu

7:06 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak prerogatif untuk menentukan anggota Kabinetnya.

Beliau yang dikaitkan antara menteri bakal disingkirkan daripada barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan sekiranya rombakan dilakukan memaklumkan, setakat ini tiada berita rasmi diterima berkait perkara berkenaan.

“Setakat hari ini belum ada apa-apa berita rasmi. Apapun bagi saya untuk menentukan siapa anggota dalam Kabinet adalah prerogatif Perdana Menteri.

“Apa lebih utama ialah kestabilan kerajaan untuk meneruskan agenda reform (perubahan) dan melaksanakan yang terbaik buat rakyat serta negara,” katanya kepada Scoop hari ini.

Semalam, sebuah portal melaporkan, berdasarkan sumber rombakan Jemaah Menteri, rombakan Kabinet diuar-uarkan akan dilakukan, termasuk pelantikan Menteri Kesihatan baharu.

Satu sumber peringkat tinggi PKR yang tidak mahu dinamakan berkata, alasan di sebalik penyingkiran Dr Zaliha dari portfolio itu tidak jelas.

Namun, sumber itu mendakwa, ia mungkin kerana Dr Zaliha dan Perdana Menteri tidak senada dalam cara kementerian berkenaan dikendalikan.

Sumber itu berkata, sekiranya Zaliha disingkirkan, jawatan terbabit berkemungkinan diambil alih Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Manakala, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad mengambil alih portfolio Kementerian Pendidikan.

Terdahulu, Perdana Menteri berkata, rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan kemungkinan dibuat sebelum hujung tahun ini.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri ketika menyantuni soalan berhubung bilakah rombakan Kabinet akan dibuat yang diajukan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.

Kanak-kanak itu menantikan beliau untuk mendapatkan tandatangannya bersama pengamal media, selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Putra Al-Amin Fasa 4, di Putrajaya. – 2 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related