◉ HEADLINES

PM mahu perubahan drastik dalam penyelarasan gaji penjawat awam

Penyelarasan gaji harus ada peningkatan selari dengan anjakan paradigma yang sering dilaung-laungkan selain mengambil kira keperluan negara

1:41 PM MYT

 


PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu anjakan dan perubahan drastik dalam penyelarasan gaji dilaksana menerusi kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Perdana Menteri berkata, penyelarasan gaji harus ada peningkatan selari dengan anjakan paradigma yang sering dilaung-laungkan selain mengambil kira keperluan negara.

“Anjakan paradigma ini bukannya kita buat pindaan sikit-sikit, tidak. Bila kata anjakan ini, ia membabitkan perubahan yang agak drastik seperti pelarasan gaji harus ada anjakan.

“Bukan perubahan sikit-sikit seperti elaun tambahan, tidak.. tetapi mesti melihat keperluan negara ketika ini ketimbang 20 tahun lalu dalam pelarasan gaji,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2023 di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau juga memberi jaminan soal pelarasan gaji golongan profesion teknikal dalam perkhidmatan awam akan diberi keutamaan dalam kajian SSPA.

Katanya, bidang teknikal terutama Pendidikan, Latihan Teknikal dan Volasional (TVET), kejuruteraan dan teknologi maklumat semakin mendapat tempat namun pelarasan gaji tidak berubah dan perkara itu tidak munasabah.

“Golongan profesional teknikal sudah bertambah dan kepentingan mereka dalam membina dan memacu kemajuan negara juga diiktiraf. Sudah tentunya di pihak kerajaan perlu melihat keadaan ini.

“Maka kita ada jawatankuasa penyelarasan gaji sekarang. Kita tahu penjawat awam, 10 tahun dan sudah sampai tempohnya belum ada penyelarasan, ini tak munasabah.

“Saya beri jaminan dalam menilai semula seluruh sistem pelarasan gaji, profesyen teknikal mesti diberi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata, badan profesional dalam profesion itu juga diminta supaya mengemukakan input munasabah dalam soal pelarasan gaji.

“Saya beri jaminan Insya-Allah dalam kajian semula yang mungkin mengambil masa agak panjang dan badan professional yang diwakili hari ini, perlu beri input mencukupi, janganlah minta melebih-lebih pula… yang munasabah tetapi tentunya perlu kita beri perhatian,” katanya. – 5 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related