◉ HEADLINES

Penganggur didakwa bunuh tuan rumah rumah sewanya

Kejadian dipercayai berlaku kerana lelaki tersebut tidak berpuas hati mengenai kadar sewa rumah

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh wanita warga emas yang juga pemilik rumah sewanya, dua minggu lalu.

Mohamad Amirul Arshad Zainudin, 22, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mohamad Amirul didakwa membunuh Hong Kee Ing, 70, di parkir kereta di Jalan E4/1, Taman Ehsan, Gombak antara 8.30 malam 22 November hingga 9.50 malam 23 November.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang dari 30 dan maksimum 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 16 Januari depan untuk sebutan semula kes bagi laporan forensik, kimia dan bedah siasat.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita warga emas maut ditikam dan dikelar leher dalam kejadian di Taman Ehsan di sini pada 23 November lalu dan kejadian dipercayai berlaku kerana tidak berpuas hati mengenai kadar sewa rumah. – 6 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related