◉ HEADLINES

‘Rasa macam dia masih bersama saya’: Ibu Zayn Rayyan

Ibu tidak boleh tidur malam, sukar terima kenyataan anak sulungnya telah meninggal dunia

4:34 PM MYT

 

SUNGAI BULOH – Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang sejak tengah hari Selasa mengakui sukar untuk menerima kenyataan bahawa anak sulungnya itu kini sudah tiada.

Ismanira Abdul Manaf, 28, ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini pada mulanya agak keberatan untuk berkongsi perasaannya, namun menggagahkan diri untuk bercakap dengan media yang sudah berkumpul menunggu sejak 9 pagi tadi.

“Saya susah nak terima benda ini (pemergian Zayn Rayyan). Saya tak boleh tidur malam tadi. Sampai sekarang pun saya rasa Zayn Rayyan masih ada dan saya tak sangka ia akan berakhir seperti ini,” katanya dengan linangan air mata.

Seperti ada sesuatu yang bermain dalam fikiran Ismanira, dia turut meminta pihak polis untuk menyiasat kes itu dengan lebih lanjut, biarpun mayat anak kesayangannya telah dijumpai.

Mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu berada di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk prosedur bedah siasat bagi menentukan punca kematian.

Ismanira mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan Zayn Rayyan selain pihak polis, bomba dan media yang membantu mencari anaknya.

Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sejak tengah hari Selasa di Damansara Damai ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya pada 10 malam tadi.

Menurut Ismanira jenazah anaknya akan disolatkan di Damansara Damai sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sekyen 9, Kota Damansara. – 7 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related