◉ HEADLINES

Produk dipersijilkan halal hanya minuman herba bertin

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan sahkan nama premis itu, akan teruskan saman

4:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Syarikat bagi premis minuman herba yang tular di media sosial dan didakwa mempunyai pensijilan halal bukanlah pemegang sijil halal bagi skim premis makanan.

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan, syarikat berkenaan adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) hanya bagi skim produk makanan dan minuman.

“Produk yang dipersijilkan halal hanyalah produk minuman herba bertin.

“Oleh itu, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada sebelum memilih sesuatu produk atau premis yang ingin dikunjungi. Pastikan produk atau premis tersebut adalah merupakan pemegang SPHM yang sah daripada Jakim,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan status halal premis tersebut yang didakwa mempunyai pensijilan halal Jakim.

Susulan itu Jakim tampil memberikan penjelasan berkenaan bagi mengelak kekeliruan pengguna.

Dalam pada itu, Scoop ketika menghubungi Bahagian Hal Halal Jakim memperoleh pengesahan nama premis berkenaan.

Scoop kemudiannya mendapatkan pula pengesahan bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengenai nama premis itu yang bakal disamannya.

Ini selepas premis itu didakwa menggunakan nama dan imejnya dalam meningkatkan jualan mereka.

Dakwanya, tindakan itu adalah salah serta taktik pemasaran sebegitu dianggap tidak bertanggungjawab kerana bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

“Dalam proses (memfailkan saman), memang (nama) premis itu seperti dinyatakan Jakim,” katanya ringkas. – 7 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related