◉ HEADLINES

Ada kesan jerutan di leher Zayn Rayyan, cedera seluruh badan

Pada masa sama, ibu bapa Zayn Rayyan sekali lagi akan dipanggil bagi membantu siasatan dari pelbagai sudut.

7:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laporan bedah siasat menemukan kesan jerutan pada leher kanak-kanak autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dibunuh di Damansara Damai.

Sumber memaklumkan kepada Scoop, mangsa turut mengalami kecederaan di seluruh badan.

“Bedah siasat dilakukan dalam tempoh lima jam untuk memastikan pemeriksaan menyeluruh (diperlukan untuk membantu siasatan),” katanya.

Ketika ditanya jika ada tanda-tanda penderaan seksual, sumber berkata, polis masih menunggu laporan daripada ahli patologi.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes pembunuhan autism berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang dibunuh.

Beliau berkata, pada masa sama, pihaknya juga akan memanggil ibu bapa Zayn Rayyan sekali lagi bagi siasatan dari pelbagai sudut.

Beliau sebelum itu mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ini susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak itu yang sepadan dengan perbuatan jenayah.
Berikutan itu, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang sejak tengah hari, Selasa lalu, di Damansara Damai ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya, malam tadi.

Kali terakhir Zayn Rayyan dilihat di rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada jam 12 tengah hari.

Berikutan itu, mayat kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Pusat Perubatan Unversiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat. – 7 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Police bust RM13.34m marijuana syndicate, seize 166kg of cannabis buds in KLIA, Sepang raids

A series of coordinated raids at KLIA Terminal 1 and Kota Warisan led to the arrest of five suspects and the seizure of 166.2kg of marijuana buds believed to have been destined for the European market

◉ Related