◉ HEADLINES

Pemeriksaan gigi percuma, demonstrasi CPR berirama antara tarikan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Ada pelbagai perkhidmatan serta aktiviti menarik yang disediakan sejak semalam sehingga esok, termasuklah peluang bertemu atlet kegemaran serta berbelanja di Jualan Mega Madani

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jika tiada perancangan pada cuti hujung minggu ini. Jom pergi beramai-ramai ke Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil dan memanfaatkan pelbagai perkhidmatan serta aktiviti menarik yang disediakan sejak semalam sehingga esok.

Antara yang menarik pada hari kedua program hari ini ialah tayangan filem tempatan, Malbatt: Misi Bakara yang diadaptasi daripada kisah benar mengenai keberanian tentera Malaysia yang berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam serangan militia Somalia di Pasar Bakara, Mogadishu pada 1993, di pentas utama pada 9 pagi.

Bagi peminat sukan tanah air, jangan lepaskan peluang bertemu wira dan wirawati menerusi program Kopi, Sukan & Aspirasi Bersama Atlet Negara yang menampilkan antaranya R. Sharmendran (karate), Tan Cheong Min (wushu), Natasha Roslan (tenpin boling), Muhammad Ziyad Zolkefli (para olahraga) serta bekas penerjun Cheong Jun Hoong di pentas utama pada 11.40 pagi.

Pernah dengar proses bantuan pernafasan (CPR) berirama? Jika belum, berkunjunglah ke Program Setahun Bersama Kerajaan Madani dan berpeluang melihat serta mempelajarinya yang dibawakan khas oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di pentas kedua pada 11 pagi ini. 

Terdahulu, pada 7.30 pagi tadi telah berlangsung Larian Ria Madani dengan tema pakaian tradisional melibatkan kira-kira 5,000 peserta yang berlari sejauh empat kilometer mengelilingi Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Pada 8 malam nanti akan berlangsung Forum Perdana Ehwal Islam: Keharmonian Dalam Kepelbagaian di pentas utama dengan panel terdiri daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Pengerusi Duat Al-Falah Abdul Hadi Bakri dan Pensyarah Universiti Putra Malaysia Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin. 

Pengunjung juga masih boleh membeli barangan keperluan harian melalui Jualan Mega Madani dengan inisiatif diskaun harga barangan sehingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Istimewa bagi pencari kerja, jangan lepaskan peluang hadir ke Karnival Kerjaya yang menawarkan lebih 5,000 peluang pekerjaan melibatkan 63 agensi kerajaan dan swasta.

Kementerian Kesihatan (KKM) pula menawarkan pemeriksaan gigi percuma termasuk pembersihan karang gigi atau scaling dan tampalan di klinik pergigian bergeraknya.

Kementerian itu turut menganjurkan kempen derma darah dan saringan kesihatan.

Selain itu, pengunjung yang mempunyai saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun sehingga 50 peratus yang ditawarkan di tapak program.

Esok, akan berlangsung majlis perasmian penutupan Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri kepimpinan tertinggi kerajaan. – 9 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related