◉ HEADLINES

Tegur lelaki pandu tak berhemah, penunggang motosikal dilanggar

Ia berpunca apabila suspek tidak berpuas hati selepas ditegur mangsa kerana memotong tanpa memberikan isyarat

3:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hanya kerana menegur pemandu kereta yang memotong tanpa memberikan isyarat, seorang penunggang motosikal diugut dan dilanggar dalam kejadian di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati kejadian yang tular di media sosial itu, berlaku di sebuah stesen minyak.

Menurutnya, ia berpunca apabila suspek tidak berpuas hati selepas ditegur mangsa kerana memandu secara tidak berhemah.

“Susulan itu, mangsa membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu jelas satu kes jenayah yang disiasat di bawah Seksyen 427/506 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan khianat, ia membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Manakala bagi kesalahan ugutan jenayah, memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Asri berkata, siasatan kes itu dikendalikan Inspektor Lee Howe Chong.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu, boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes menerusi talian 016-5989576,” katanya.

Terdahulu, tular video kira-kira 27 saat memaparkan pemandu lelaki bertindak melanggar penunggang motosikal, sebelum mengundur dan melanggarnya sekali lagi.

Pemandu itu kemudian beredar dari lokasi begitu sahaja. – 9 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related