◉ HEADLINES

Kes Zayn Rayyan: Polis jalankan operasi tergempar ambil DNA penduduk

Operasi bermula jam 8.30 malam itu adalah sebahagian daripada siasatan polis berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan

10:16 PM MYT

 

PETALING JAYA – Polis menjalankan operasi tergempar bagi melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas setiap penduduk di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam ini.

Operasi itu adalah sebahagian siasatan berkaitan kes pembunuhan kanak-kanak berusia enam tahun yang juga penduduk di sebuah daripada blok di situ, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mayatnya ditemui di kawasan berhampiran.

Bermula kira-kira 8.30 malam, operasi berkenaan yang membabitkan penduduk di semua 18 blok di situ, dijalankan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selangor dan Bukit Aman.

Scoop difahamkan, penduduk hanya dimaklumkan mengenai operasi itu kira-kira 30 minit sebelum ia diadakan menerusi kumpulan perbualan, Whatsapp.

Sebahagian penduduk berkumpul di bawah blok rumah masing-masing untuk memberi cap jari kepada polis yang giat menjalankan siasatan terhadap kematian Zayn Rayyan – Juliana Johar/Scoop, 9 Disember, 2023

Mereka diminta turun ke bawah blok dengan membawa kad pengenalan masing-masing.

Terdahulu, polis mengadakan taklimat antara anggotanya untuk operasi terbabit, sebelum berpecah kepada beberapa kumpulan dan bergerak dari blok ke blok.

Selain itu, media difahamkan, kenyataan rasmi berhubung operasi berkenaan mungkin dikeluarkan ketua polis daerah atau ketua polis negeri esok.

Terdahulu, Zayn Rayyan disedari hilang sejak 12.30 tengah hari Selasa lalu, sebelum ibunya membuat hebahan di media sosial dan laporan polis.

Usaha pencarian dijalankan polis dengan dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan anjing pengesan Unit K9, membabitkan kawasan belukar dan longkang berhampiran dalam radius kira-kira 300 meter.

Dia kemudian ditemui tidak bernyawa sehari kemudian di kawasan anak sungai, berhampiran kediamannya.

Menurut kenyataan polis, sungai berkenaan terletak kira-kira 100 meter dari kawasan rumah kanak-kanak itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pada sidang media berkata, Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di tempat lain, bukan di lokasi mayatnya ditemui.

Susulan penemuan itu, polis giat menjalankan siasatan terperinci bagi memburu suspek menerusi pelbagai kaedah.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan – 9 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

PM congratulates national team on 2026 Sepak Takraw World Cup quadrant event victory

Malaysia lifted the inaugural quadrant trophy after defeating India 2–0 in the 2026 Sepak Takraw World Cup final last night at Titiwangsa Stadium here

Non-malays frustration and anger – William Leong Jee Keen

Non-Malay dissatisfaction with PMX and PH is understandable, yet William Leong stresses that abstaining from voting risks surrendering the nation’s future. He argues that reforms, though imperfect, are still vital to protect Malaysia’s democratic path

Malaysia’s MotoGP commitment seen as investment in tourism, jobs and talent: analysts

Sports experts say that retaining the Malaysian MotoGP until 2031 will continue to generate tourism revenue, create thousands of jobs and strengthen the country's motorsport talent pipeline, making the race a long-term national investment rather than a cost

◉ Related