◉ HEADLINES

Suspek tikam ibu bapa hingga mati ditahan, ada 9 rekod jenayah dadah

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh

8:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lelaki berusia 42 tahun yang melarikan diri ke dalam hutan berhampiran selepas membunuh ibu bapanya di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, malam tadi berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek diberkas ketika bersembunyi di terowong Penchala Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur (SPRINT) di sini pada jam 10.30 malam.

“Polis menerima maklumat daripada orang awam berkenaan pertengkaran di antara suspek dan ibu bapanya di sebuah rumah di Jalan Penchala Hilir 6, Kampung Sungai Penchala di sini, jam 7.43 malam.

“Selepas pertengkaran, sepasang suami isteri masing-masing berusia 72 dan 82 tahun ditemui terbaring di atas lantai rumah dipercayai akibat ditikam,” katanya dalam kenyataan.

Amihizam berkata, semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod kes jenayah dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, pasangan suami isteri warga emas itu ditemukan maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala di sini, malam tadi.

Sumber berkata berlaku pertengkaran antara pasangan berkenaan dan anak lelaki mereka yang dipercayai penagih dadah pada sekitar jam 7 malam.

“Dalam pergaduhan itu, anak lelaki itu dikatakan mengambil senjata tajam sebelum menikam kedua ibu bapa menyebabkan mereka mengalami kecederaan parah.

“Jiran yang menyedari kejadian segera menghubungi polis untuk bantuan,” katanya. – 10 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related