◉ HEADLINES

Kes bunuh Zayn Rayyan: Unit K9 mulakan pemeriksaan rumah ke rumah di Apartmen Idaman

Ini berlaku selepas polis melakukan pengumpulan sampel DNA mengejut daripada semua penduduk di apartmen tersebut, malam tadi

12:34 PM MYT

 


PETALING JAYA – Polis meneruskan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dengan mengerahkan Unit K9 miliknya untuk melakukan pemeriksaan rumah ke rumah di Apartmen Idaman yang mempunyai 18 blok, terdiri daripada 2,484 unit rumah dan kedai.

Dua anjing K9, Gucci dan Ricks, mula membuat pemeriksaan bersama pengendali mereka seawal jam 10.30 pagi hari ini.

Kedua-duanya pertama kali dibawa ke tebing sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemui pada malam Rabu lalu, kira-kira 36 jam selepas dia dilaporkan hilang.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi turut berada di lokasi kejadian bagi menyelia operasi itu.

Ini berlaku selepas polis melakukan pengumpulan sampel DNA mengejut daripada semua penduduk di apartmen tersebut, malam tadi.

Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan daripada lebih 20 individu dan berulang kali menyoal ibu bapa Zayn Rayyan, pengasuhnya dan individu pertama yang menemui mayat kanak-kanak itu.

Selepas mayat Zayn Rayyan ditemui pada malam Rabu lalu, polis mengklasifikasikan semula kematiannya sebagai kes bunuh keesokan harinya.

Polis juga sedang mencari petunjuk menggunakan dron untuk menangkap imej di kawasan itu, anjing pengesan dan meminta penduduk di apartmen tersebut untuk berkongsi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) mereka. – 10 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related