◉ HEADLINES

Kerajaan sedia e-rebat RM400 beli penyaman udara, peti sejuk cekap tenaga

Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 4.0 itu membabitkan peruntukan RM50 juta di bawah Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE)

3:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemberian e-rebat sehingga RM400 disediakan kerajaan kepada pengguna bagi pembelian penyaman udara dan peti sejuk cekap tenaga.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, e-rebat itu membabitkan dua produk elektrik berlabel empat atau lima bintang yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga (ST).

Menurutnya, Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 4.0 itu membabitkan peruntukan RM50 juta di bawah Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE).

“Sasaran utama apabila kita membuat proses pensasaran subsidi, mungkin ada peningkatan elektrik, jadi peralatan dan peranti cekap tenaga penting.

“Rebat ini terhad kepada satu akaun bil elektrik sahaja bagi setiap pembelian penyaman udara dan peti sejuk, bagi pembelian bermula hari ini berdasarkan siapa cepat dia dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program SAVE 4.0 sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengguna boleh memohon dan mendapatkan e-rebat melalui dua kaedah iaitu dengan membawa bil elektrik terkini dan membuat pembelian secara fizikal di kedai elektrik atau pasar raya berdaftar di bawah Program SAVE 4.0.

“Mereka juga boleh memohon e-rebat dan membuat pembelian secara atas talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf,” katanya.

Beliau berkata, warga Malaysia yang merupakan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti layak untuk memohon.

Maklumat lanjut mengenai kriteria kelayakan, cara permohonan e-rebat, mekanisme pelaksanaan, senarai jenama dan model kelengkapan elektrik cekap tenaga serta harga rujukan boleh didapati dengan melayari laman sesawang rasmi di pautan www.saveenergy.gov.my atau melayari microsite yang disediakan di platform e-dagang.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, sepanjang tahun hadapan, NRECC akan meneruskan Mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sehingga sistem Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) diperkenalkan.

Katanya, selain itu, sebanyak 2,000 renjer komuniti juga akan dilantik bagi menjaga hutan selain meningkatkan pembayaran Pemindahan Fiskal Ekologi untuk Pemuliharaan Biodiversiti (EFT) daripada RM150 juta kepada RM200 juta. – 10 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related