◉ HEADLINES

Pengalaman Dzulkefly diperlukan: PM

Katanya, KKM juga terbeban dengan banyak masalah yang sebahagiannya diwarisi, selain memenuhi tuntutan rakyat

1:12 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dzulkefly Ahmad yang dilantik semula sebagai Menteri Kesihatan, berikutan pengalamannya diperlukan bagi memperkukuh Kementerian Kesihatan (KKM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KKM juga terbeban dengan banyak masalah yang sebahagiannya diwarisi, selain memenuhi tuntutan rakyat.

“Pengalaman dia diperlukan, saya percaya fokus lebih kukuh di kementerian itu.

“KKM ini juga terbeban dengan banyak masalah, (dengan) sebahagaian diwarisi untuk memenuhi tuntutan rakyat bagi mendapatkan penjagaan kesihatan lebih baik.

“Kita harap dia dapat jalan tugas dengan baik,” katanya pada sidang media pengumuman barisan Kabinet baharu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pelantikan semula Dzulkefly yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Kesihatan, iaitu ketika pentadbiran kali pertama Pakatan Harapan (PH) pada 2018.

Ditanya mengenai keperluan mempunyai dua kementerian digital dan komunikasi, Anwar berkata, komunikasi dengan media dan media sosial juga menjadi cabaran kerajaan kini.

“Kritikan diberikan terhadap kami ialah kenapa sesetengah dasar itu baik, ada juga (kritikan) bahawa komunikasi dan penyebaran maklumat tidak begitu baik dan memuaskan, jadi perlu ada fokus.

“Isu mengenai transformasi digital menjadi fokus utama kerajaan ini dan ia harus diurus dengan baik, fokus isu digital mencabar, berubah, data pusat baharu, AI, keperluan meningkatkan pemahaman pelajar di pelbagai peringkat, amat mencabar.

“Sebab itu saya percaya fokus kepada isu ini amat penting,” katanya.

Ditanya sama ada potongan 20 peratus potongan gaji Jemaah Menteri diteruskan terhadap menteri baharu, Perdana Menteri berkata, ia tetap dilaksanakan. – 12 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related