◉ HEADLINES

J-Kom dipindah ke Kementerian Komunikasi

Menterinya, Fahmi Fadzil turut mengumumkan pengasingan agensi antara kementeriannya dan Kementerian Digital selepas Kementerian Komunikasi dan Digital dipisahkan, susulan rombakan Kabinet

3:40 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) kini diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi, kata Menterinya, Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata, kementerian itu akan menyelia jabatan berkenaan yang sebelum ini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

J-Kom asalnya adalah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang diwujudkan ketika itu, tetapi diletakkan di bawah JPM semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, walaupun Kabinet belum memuktamadkan secara rasmi pemisahan agensi antara kementeriannya dan Kementerian Digital yang diterajui Gobind Singh Deo, ada beberapa perkara berkaitan sudah ditetapkan.

Beliau berkata demikian pada sidang media mesyuarat pasca Kabinet di sini, hari ini.

Pihak yang akan diletakkan di bawah Kementerian Komunikasi adalah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), agensi berita nasional Bernama, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan MyCreative Ventures.

Manakala, pihak yang dikendalikan Kementerian Digital adalah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MYNIC dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

Kementerian Digital adalah kementerian baharu yang dipisahkan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital, susulan rombakan Kabilet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Satu agensi yang masih belum ditentukan di bawah pentadbiran kementerian mana adalah Digital Nasional Bhd (DNB), iaitu ditubuhkan secara khas untuk melaksanakan infrastruktur dan rangkaian 5G negara secara berkesan.

Pada masa sama, Fahmi berkata, perbincangan masih dijalankan bagi menentukan kementerian mana yang akan bertanggungjawab ke atas DNB.

Ditanya sama ada sesetengah agensi yang mempunyai fungsi sama akan digabungkan, beliau menolaknya.

Fahmi turut menyatakan beliau menyokong pemisahan Kementerian Komunikasi dan Digital kepada dua kementerian berasingan, terutama bagi mengawal selia pendigitalan dalam ekonomi serta kehidupan seharian.

“Penting untuk dijelaskan bahawa kementerian (Kementerian Komunikasi dan Digital) dipecahkan kepada dua kerana berdasarkan pengalaman saya yang saya sampaikan kepada Perdana Menteri, aspek digital juga membabitkan beberapa kementerian lain,” kata Fahmi.

“Perlu ada beberapa bentuk penyeragaman kerana ekonomi digital memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekonomi kita di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu.

“Bagi saya, keputusan untuk mewujudkan Kementerian Digital bukan sahaja betul, malah tepat pada masa,” katanya. – 13 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related