◉ HEADLINES

Pusat beli belah IOI Puchong dinaiki air susulan hujan lebat

Bahagian dalam pusat beli belah itu dinaiki air mencecah paras betis

7:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kawasan pusat beli-belah IOI Puchong dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak beberapa jam lalu.

Bahagian dalam pusat beli belah itu dinaiki air pada paras buki lali.

Suasana di dalam IOI Puchong yang dinaiki air akibat hujan lebat petang tadi. – Gambar Facebook Siti Hajar Mohd Tahir, 16 Disember, 2023

Seorang pengguna Facebook dikenali Siti Hajar Mohd Tahir telah berkongsi gambar dan beberapa klip video yang memaparkan keadaan banjir terbabit.

Ia juga menunjukkan orang ramai terperangkap serta tidak dapat keluar ke mana-mana selepas tempat parkir pusat beli-belah itu dinaiki air.

Ini bukan kali pertama pusat beli belah itu serta kawasan sekitar Puchong termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) malah ia telah berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) telah mengeluarkan amaran bahaya tahap 3 di IOI Puchong dan semua agensi terlibat dalam pengurusan bencana diminta bersedia untuk pelaksanaan Operasi Bantuan Bencana di bawah bidang kuasa masing-masing.

Berdasarkan Sistem Amaran Paras Air MBSJ, tahap 3 bermaksud paras air parit utama telah mencapai tahap sepenuhnya dan jika berlaku hujan lebat maka ia akan mengakibatkan banjir kilat.

“Diminta kepada semua pengguna jalan raya yang akan melalui jalan tersebut supaya merancang dan mencari laluan alternatif bagi mengelak kawasan tersebut.

“Semua penduduk berdekatan juga diminta mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa,” kata MBSJ dalam hantaran menerusi X.

Dalam pada itu, banjir kilat turut dialami di Seksyen 13, Shah Alam menyebabkan kesesakan jalan raya. Orang ramai kelihatan meranduk air ke kawasan berhampiran sambil meredah air. – 16 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related