◉ HEADLINES

Tanah runtuh di Taman Wawasan, Puchong, penduduk diarah berpindah segera

Runtuhan berlaku di hadapan rumah berkeluasan 50 meter x 10 meter dan melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda

9:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Hujan lebat petang tadi telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Wawasan 3/4, Taman Wawasan Puchong, mengakibatkan pengosongan terpaksa dijalankan di tujuh unit rumah di situ.

Menurut Komander Operasi Bomba dari Balai Bomba Puchong, Haswan Mohd Wasir, runtuhan itu berlaku di hadapan rumah berkeluasan 50 meter x 10 meter dan melibatkan sebuah kenderaan jenis Honda.

“Bomba menerima panggilan pada jam 7.26 petang. Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian ini,’’ katanya di sini, hari ini.

Beliau juga memaklumkan pergerakan tanah masih berlaku menyebabkan tindakan pengosongan terpaksa dijalankan dengan segera.

Sebuah kenderaan terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Taman Wawasan Puchong, hari ini. – Gambar dari Twitter @nmqlinrz, 16 Disember, 2023

Sementara itu, gambar dan video daripada pembaca Scoop menunjukkan runtuhan itu berlaku betul-betul di hadapan pintu pagar rumah di kawasan tersebut.

Selain itu, keretakan turut kelihatan di jalan bertar di kawasan menuju tanah runtuh terbabit.

Dalam pada itu, runtuhan tersebut kemungkinan berlaku akibat hujan lebat di Lembah Klang petang tadi. Selain kejadian terbabit, beberapa tempat telah mengalami banjir kilat termasuk di pusat beli belah IOI Mall di Puchong.

Turut mengalami banjir kilat ialah di kawasan sekitar Shah Alam, dengan pengguna media sosial melaporkan banjir berlaku di beberapa tempat. – 16 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related