◉ HEADLINES

Baru sejam keluar showroom, kereta ditenggelami banjir

Kereta jenis Proton X50 itu ditenggelami air susulan banjir kilat di Puchong, semalam

4:30 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malang tidak berbau. Begitulah nasib dialami sepasang suami isteri apabila hanya sempat menaiki kereta baharu dalam tempoh sejam sebelum kenderaan itu ditenggelami air susulan banjir kilat di Puchong, semalam.

Menerusi hantaran dimuatnaik Azhazul Azri di Facebook, adiknya yang juga jurujual kereta sempat bergambar dengan pemilik kenderaan terbabit pada jam 5 petang semalam.

Namun katanya, pemilik kenderaan jenis Proton X50 itu memaklumkan kepada adiknya, kereta baharu itu ditenggelami banjir sejam kemudian.

“Adik saya deliver (hantar) kereta customer (pelanggan) jam 5.00 petang. Jam 6.00 petang kereta customer tenggelam dalam banjir. Baru sejam keluar showroom (bilik pameran).

“Banjir adalah risiko yang kita tak boleh kawal. Masuk mall (pusat beli-belah) cuaca panas. Pergi makan pergi solat, keluar mall kereta dah tenggelam,” katanya.

Baru sejam menerima Proton X50 dari jurujual, kenderaan malang itu ditenggelami air banjir. – Gambar Facebook, 17 Disember, 2023

Bagaimanapun, Azhazul menarik nafas lega apabila pemilik kereta itu ada membeli perlindungan insurans bencana alam untuk kenderaannya.

“Mujur adik saya paksa customer tambah cover special perils (perlindungan khas). Kami ejen ini cadang tambah cover special perils, bukan sebab nak untung lebih. Kadang untung kami sepuluh ringgit saja.

“Tapi kami nak peace of mind (ketenangan minda). Kita tahu kereta customer ada cover (perlindungan insurans). Bila tenggelam begini, kita tak ralat sebab insurans cover. Kalau terendam banjir kereta canggih-canggih ni, RM10,000 tak cukup nak restore (baiki),” katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang turut bersimpati dengan pemilik kenderaan terbabit.

“Fuh seram bang. Baru sejam (keluar showroom) dah kena (tenggelam banjir),” kata Mohd Ariff Helmi.

“Kesiannya terpaksa beli kereta baru pula,” kata Zano Iskandar.

“Yang lain kena beringat untuk ambil perlindungan bencana alam. Cuaca di Malaysia tak menentu. Hanya nak murah semata-mata, bila kena pening kepala. Jadilah pengguna bijak,” kata Affandiey Fandy. – 17 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

◉ Related