◉ HEADLINES

Pendakwaan kes pelajar maut dilanggar: Keluarga mangsa tiba di mahkamah, polis bersiap sedia

Anggota polis ditempatkan di pekarangan mahkamah sebagai persediaan untuk mengawal keselamatan

10:27 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Susulan pendakwaan akan dikenakan ke atas seorang pegawai polis di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini berhubung kes langgar pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie hingga maut dalam kejadian Khamis lalu, wakil keluarga mangsa hadir di lokasi bagi mengikuti pertuduhan.

Foto dikongsikan Bernama awal pagi ini menyaksikan, sekumpulan pengamal media dari beberapa agensi turut berada di kawasan mahkamah untuk membuat liputan suasana.

Anggota polis ditempatkan di pekarangan mahkamah berkenaan sebagai persediaan untuk mengawal keselamatan susulan kes pendakwaan terbabit.

Wakil keluarga mangsa yang diajukan persoalan mengenai keadaan terkini ayah Muhammad Zaharif Affendi berhubung kes menimpa anak bongsunya itu berkata, Muhd Zamrie semakin baik dan mula menerima situasi dengan tenang.

“Keadaannya alhamdulillah, buat masa sekarang ni alhamdulillah, dia dilihat kena menerima apa yang berlaku ini.

“Dan kita semua reda dengan pemergian dia (Muhammad Zaharif Affendi)…,” katanya.

Petugas media berkumpul di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, dia mana suspek kes langgar Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie akan didakwa. – Gambar Bernama, 18 Disember, 2023

Semalam, Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan memaklumkan, suspek yang berusia 44 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini, berhubung insiden terbabit.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan yang dikemuka dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati bahawa terdapat keterangan mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan terhadap suspek.

“Justeru, suspek akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 di Mahkamah Majistret, Ipoh, pada Isnin 18 Disember 2023.

“Mahkamah Majistret kemudian akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes terbabit ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan,” katanya..

Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari itu, Muhammad Zaharif Affendi, 17, yang juga pelajar SMK Jati, meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kereta berhampiran pintu pagar utama sekolahnya.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal, ingin pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan.

Terdahulu, Scoop melaporkan, Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan menerusi kenyataan berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat pelajar terbabit mendapati, punca kematian adalah kecederaan di dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.

Anggota polis ditempatkan di pekarangan mahkamah berkenaan sebagai persediaan untuk mengawal keselamatan susulan kes pendakwaan terbabit.. – Gambar Bernama, 18 Disember, 2023

Beliau turut mengesahkan pemandu yang terbabit dalam kemalangan melanggar pelajar itu, adalah seorang anggota berpangkat pegawai kanan polis dari Kontinjen Kedah yang kemudian direman tiga hari sejak Sabtu lalu berhubung insiden berkenaan.

Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawai sendiri sekiranya mempunyai bukti kukuh.

“Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kegusaran awam,” katanya. – 18 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

PM congratulates national team on 2026 Sepak Takraw World Cup quadrant event victory

Malaysia lifted the inaugural quadrant trophy after defeating India 2–0 in the 2026 Sepak Takraw World Cup final last night at Titiwangsa Stadium here

Non-malays frustration and anger – William Leong Jee Keen

Non-Malay dissatisfaction with PMX and PH is understandable, yet William Leong stresses that abstaining from voting risks surrendering the nation’s future. He argues that reforms, though imperfect, are still vital to protect Malaysia’s democratic path

MRT Corp awards RM3.03b Penang Mutiara Line systems contract to MRCB-Theta Edge JV

The appointment of the System Turnkey Contractor marks the next major phase of the Penang Mutiara Line, allowing railway systems design to progress in tandem with ongoing civil works

◉ Related