◉ HEADLINES

Tanah runtuh Sungai Ruil: Dakwaan Jakoa tidak ambil tindakan drastik berat sebelah, usaha giat dilaksana

Jakoa berkata, pihaknya sudah mengambil beberapa tindakan, malah komited dan akan terus membantu keluarga Orang Asli yang terjejas dalam memastikan kebajikan mereka terjaga

10:44 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sudah mengenal pasti beberapa bangunan kuarters kerajaan dan badan berkanun di sekitar kawasan Sungai Ruil, Cameron Highlands untuk dijadikan penempatan sementara Orang Asli yang terjejas insiden tanah runtuh pada 12 Oktober lalu.

Menerusi kenyataannya hari ini, Jakoa berkata, beberapa siri perbincangan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah diadakan bagi menempatkan mangsa tanah runtuh tersebut yang menyaksikan 17 keluarga Orang Asli terjejas.

“Melalui perbincangan, mangsa terbabit akan ditempatkan sebaik sahaja isu berkaitan kemudahan fasiliti seperti penyambungan bekalan api dan air diselesaikan terlebih dahulu selewat-lewatnya awal Januari 2024,” katanya.

Kenyataan sama memaklumkan, bagi tindakan jangka panjang, berdasarkan laporan siasatan awal dibuat pada awal November lalu daripada aspek teknikal dikeluarkan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati, kerja baik pulih cerun runtuh akan mengambil masa dua tahun dengan peruntukan melebihi RM3 juta.

“Ini termasuk untuk pengukuhan dan penstabilan cerun di persekitaran kawasan terjejas yang akan dilaksanakan JKR.

“Kerja pengukuhan dan penstabilan cerun ini dijangka dapat diselesaikan serta penyerahan projek pada November 2025,” katanya.

Sebanyak 17 keluarga Orang Asli di Sungai Ruil, Cameron Highlands terjejas ekoran insiden tanah runtuh pada 12 Oktober lalu. – Gambar ihsan Jakoa, 18 Disember, 2023

Isu penempatan mangsa tanah runtuh di Sg Ruil dibangkitkan Senator Dewan Negara, Datuk Ajis Sittin seperti dilaporkan Free Malaysia Today (FMT) semalam.

Dalam kenyataannya, Ajis mendakwa bahawa Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Jakoa, tidak mengambil tindakan drastik untuk menangani masalah terbabit.

Bagaimanapun, Jakoa menegaskan, dakwaan itu bersifat berat sebelah tanpa merujuk pihak jabatannya mengenai status terkini isu berkenaan.

“Jakoa sentiasa komited dan akan terus membantu keluarga Orang Asli yang terjejas dalam memastikan kebajikan mereka terjaga.

“Ini bagi memastikan supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa walaupun terpaksa tinggal di penempatan sementara,” katanya. – 18 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related