◉ HEADLINES

Pengantin baharu maut nahas babit 3 kenderaan, dua mangsa cedera

Kemalangan itu membabitkan enam mangsa yang kesemuanya individu dewasa

12:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang juga pengantin baharu maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Batu 2, Jalan Klang–Teluk Intan, malam tadi.

Komander Operasi, PBK II Amiludin Bin Mat Lazim@Mansor berkata, susulan panggilan diterima pihaknya berhubung kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10.05 malam itu, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Karang digegaskan ke lokasi.

“Ketika pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, terdapat kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan, iaitu Perodua Bezza, Honda City dan Nissan Almera,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, anggota mendapati seorang lelaki dewasa meninggal dunia di tempat kejadian selepas disahkan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dua mangsa perempuan masing-masing cedera di kaki dan dagu akibat kemalangan itu.

Katanya, semua mangsa dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba di tempat kejadian.

“Mangsa cedera dibawa ke hospital, manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kerja ‘post mortem’.

“Semua mangsa terbabit adalah tiga lelaki dewasa dan enam perempuan dewasa.

“Anggota bomba membuat pemeriksaan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada lagi mangsa terperangkap dalam kenderaan, sebelum membuat kerja pembersihan serpihan insiden,” katanya. – 18 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related