◉ HEADLINES

‘Nadeera ada hubungi saya minta maaf’: Ernie Zakri

Ernie berkata, dia dan Nadeera sama-sama ‘tersepit’ dalam isu lagu Astana yang tercalon di Separuh Akhir Muzik-Muzik 38

2:24 PM MYT

 

SHAH ALAM – Penyanyi, Ernie Zakri mengakui dirinya tidak menyimpan sebarang dendam terhadap Nadeera Zaini yang sepatutnya menjadi penyanyi ganti di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) bagi menyampaikan lagu Astana.

Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, mereka berdua tersepit dalam isu itu dan Nadeera sudah menghubunginya untuk meminta maaf.

“Saya sudah berbincang dengan Nadeera mengenai perkara ini dan sudah selesai. Dia menghantar mesej secara peribadi di Instagram dan memohon maaf.

“Saya menghormati dia untuk menyanyikan lagu ini. Dia juga mengakui tidak tahu mengenai perkara ini. Kalau saya berada di tempat Nadeera pun saya akan menyanyikan juga lagu Astana.

“Tiada apa harus dipersalahkan kerana Nadeera hanya menggalas tanggungjawab,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman lagu yang layak ke AJL38.

Ernie memaklumkan, dia percaya Nadeera juga pasti sedih dengan situasi itu.

Suami Erni, Syamel antara penulis lagi Astana. – Gambar Instagram

“Saya pasti dia juga mesti kesal dengan apa yang berlaku. Sedikit-sebanyak pasti ada berkata buruk. Mungkin mereka yang berkata-kata itu tidak faham konteks.

“Inilah yang saya cuba sampaikan bahawa saya dan Nadeera tiada sebarang isu. Kami sudah berbaik dan bermaafan. Kami berdua tersepit sebab tidak tahu apa yang berlaku,” jelasnya.

Dalam masa sama, Ernie meluahkan syukur apabila dia akhirnya diberikan keizinan untuk menyampaikan sendiri lagu ciptaannya itu.

“Sudah pasti saya tertekan dengan kontroversi membabitkan lagu Astana dan kalau boleh, saya tidak mahu ingat semula keadaan itu. Tapi saya perlu menghormati label baharu, iaitu Universal Music Malaysia. Ada perbincangan dengan pihak atasan label, saya sangat bersyukur mereka memberikan keizinan untuk saya.

“Saya sendiri tak sangka perjuangan ini sampai ke pentas AJL. Kalau saya tak lawan untuk lagu ini secara peribadi rasa tidak seronok. Saya rasa sangat gembira apabila Astana layak ke AJL. Ini bukan kerja saya seorang tetapi kerja keras semua orang yang terbabit dengan lagu ini.

“Saya sebagai penyanyi asal dan komposer lagu Astana sudah pasti gembira dan bersyukur. Lagu ini adalah sangat peribadi untuk saya. Nilai sentimental lagu ini sangat besar. Kerana ia kesinambungan Ku Bersuara,” katanya yang hanya dapat melakukan persiapan sehari sebelum pertandingan.

Malah, Ernie gembira dan bangga apabila dia bakal bersaing dengan Mak Long sendiri, iaitu Ziana Zain yang turut layak ke AJL38 menerusi lagu Waktu dinyanyikan secara duet bersama Hasif Upin. – 18 Disember 2023

Topics

 

◉ Popular

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related