◉ HEADLINES

Keluarga rayu pengguna media sosial padam video kemalangan

Penularan video itu secara berterusan akan mengganggu emosi keluarganya

6:55 PM MYT

 

IPOH – Keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie merayu kepada pengguna media sosial supaya memadamkan video serta foto berhubung insiden kemalangan yang meragut nyawa Allahyarham berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini, 15 Dis lepas.

Abang mangsa Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, berkata penularan video itu secara berterusan akan mengganggu serta meruntun emosi keluarganya.

“Apabila kami menonton kembali video kemalangan arwah di media sosial, ia akan mengembalikan ingatan kami kepada insiden berkenaan.

“Jadi, kami merayu supaya atas dasar sesama manusia supaya video serta foto berkenaan insiden arwah itu dipadam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Johari Kassim di kediamannya di Taman Chepor Sentosa di sini, hari ini.

Zairul Fitri berkata keluarganya juga berasa amat terharu dengan sokongan serta solidariti yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada mereka khususnya berkaitan insiden terbabit.

“Terima kasih banyak-banyak atas sokongan itu, dan saya tahu ramai yang mendoakan adik saya. Saya cuma minta keadilan dan ketelusan terhadap proses siasatan (pendakwaan) yang dijalankan,” ujarnya lagi.

Selain itu, beliau berkata pelantikan lapan timbalan pendakwa raya bagi mengendalikan kes kematian adiknya itu juga memberi keyakinan bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Terdahulu seorang pegawai kanan polis, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh Muhammad Zaharif dalam insiden kemalangan yang berlaku.

Tertuduh yang menjawat jawatan DSP dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – 18 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related