◉ HEADLINES

Belum ‘jejak kaki’ ke pejabat baharu, namun Tok Mat sudah mulakan tugas di Jepun

Mohamad sebahagian daripada delegasi rasmi Perdana Menteri dalam lawatan kerja ke Jepun

9:01 AM MYT

 

TOKYO – Biarpun belum lagi menduduki pejabat baharunya, Menteri Luar yang baharu dilantik Datuk Seri Mohamad Hasan melaksanakan tugas dengan lancar dan Tokyo menjadi medan ujian untuknya.

Mohamad kini merupakan sebahagian daripada delegasi rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan kerja mereka ke Jepun.

Peralihan penting ini berlaku susulan pelantikan Mohamad sebagai Menteri Luar baru-baru ini, satu peranan yang digalas beliau selepas rombakan kabinet diumumkan dua hari sebelum perjalanan ke Tokyo.

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi.

Ketika ditanya mengenai peranan baharunya semasa majlis minum petang diaspora Malaysia di sini, Mohamad secara berseloroh berkata:” Saya belum lagi menjejakkan kaki di pejabat baharu saya di Putrajaya tetapi saya sudah ada di sini sekarang sebagai Menteri Luar.”

Mohamad Hasan berkata, kerana kesuntukan masa selepas pelantikannya dan lawatan kerja ke Jepun menyebabkan beliau tidak berpeluang untuk bertemu pegawai-pegawai Kementerian Luar atau membuat persiapan terlebih dahulu. – Gambar Pejabat Perdana Menteri, 19 Disember, 2023

Oleh kerana kesuntukan masa selepas pelantikannya dan lawatan kerja ini, Mohamad berkata, beliau tidak berpeluang untuk bertemu dengan pegawai-pegawai kementerian itu atau membuat persiapan terlebih dahulu.

Bagaimanapun di Jepun, beliau dapat memperuntukkan masa daripada jadual padatnya, termasuk bertemu dengan kapten industri bersama Perdana Menteri dan menghadiri perjumpaan di Kementerian Luar Jepun dengan rakan sejawatnya Yoko Kamikawa.

Apabila ditanya mengenai pertemuannya dengan Yoko, beliau berkata :”Tiada masalah kerana saya pernah berjumpa dengan Yoko sebelum itu semasa saya Menteri Pertahanan.”

Semasa lawatan itu, Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Jepun dan Mesyuarat Pemimpin Komuniti Sifar Emisi Asia (AZEC) menawarkan sebuah platform terbaik untuk Mohamad membiasakan diri dengan rakan-rakan sejawatnya dari negara-negara Asean. – 19 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related