◉ HEADLINES

Tidak wajib pakai pelitup muka dalam pengangkutan awam, tapi digalakkan: Anthony Loke

Bagaimanapun orang ramai digalakkan untuk memakai pelitup muka apabila menaiki mana-mana pengangkutan awam susulan peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara

1:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tiada kewajipan untuk memakai pelitup muka semasa berada di dalam pengangkutan awam setakat ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Bagaimanapun kata beliau, orang ramai digalakkan untuk memakai pelitup muka dalam mana-mana pengangkutan awam susulan peningkatan kes baharu Covid-19 di seluruh negara.

Jelasnya, sebarang dasar atau peraturan memakai pelitup muka ini hanya boleh ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Kementerian Pengangkutan tidak akan menetapkan dasar kita sendiri (berkaitan hal ini),’’ katanya selepas merasmikan Persidangan Kerjasama dan Pertukaran Serantau Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu China (ChongQing) Malaysia, di sini, hari ini.

Covid-19 telah mencatatkan peningkatan di seluruh negara namun Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan ia tidak akan mengulangi pelaksanaan langkah sekatan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada awal pandemik tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sebelum ini berkata, susulan lonjakan kes berkenaan, KKM telah memperkukuhkan Pelan Pengurusan Covid-19 menerusi lima strategi utama.

Kes Covid-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-50 iaitu dari 10 hingga 16 Dis adalah 20,696 kes iaitu peningkatan 62.2% berbanding 12,757 kes pada ME49. – 19 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related