◉ HEADLINES

Pelajar lari asrama kerana dibuli: Ibu bapa, rakan, pihak sekolah Daniel Akmal akan dipanggil bantu siasatan

Keluarga mangsa semalam membuat laporan polis mendakwa pelajar berusia 14 tahun itu lari dari asrama kerana dibuli

10:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu bapa, rakan dan pihak sekolah akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah di Cheras pada 7 Disember lalu gara-gara tidak tahan dibuli.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sudah menerima laporan yang dibuat keluarga mangsa tengah hari semalam.

Menurutnya, kes membabitkan pelajar lelaki berusia 14 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Siasatan dijalankan oleh D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur,” katannya seperti dilaporkan BH.

Allaudeen berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur selepas selesai perhimpunan bulanan, hari ini.

Terdahulu, ibu kepada pelajar lelaki terbabit membuat laporan di Pondok Polis Hospital Cancelor Tuanku Muhriz (HCTM), di sini pada jam 11.16 pagi semalam.

“Saya buat laporan polis secara berseorangan kerana anak saya masih menerima rawatan di HCTM.

“(Namun) Anak saya semakin pulih dan sudah bersedia untuk beri keterangan kepada pihak polis sekiranya diperlukan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Muhammad Daniel Akmal yang hilang pada 7 Disember lalu, mendakwa melarikan diri dari asrama kerana tidak tahan dibuli.

Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin, 38, sebelum ini memaklumkan, anaknya itu ditemui selamat oleh orang awam ketika berada di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak di sini pada 8 Disember.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan buli membabitkan pelajar itu dan akan memastikan perkara berkenaan diselesaikan segera.

Keluarga pelajar berkenaan juga sebelum ini dilapor akan mengambil tindakan perundangan bagi memperjuangkan nasib mangsa yang didakwa dibuli dengan teruk. – 20 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related