◉ HEADLINES

Keperluan media bipartisan peroleh kad media Japen perlu diteliti: Teo Nie Ching

EKM 1989 perlu diteliti semula memandangkan pembentukannya sudah hampir 34 tahun, sesuai dengan perubahan zaman teknologi dan digital kini

9:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Keperluan media bipartisan untuk memperoleh kad media Jabatan Penerangan (JaPen) harus diteliti semula memandangkan ia menjurus kepada elemen berpihak, sedangkan prinsip media adalah adil dan tidak berpihak.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, berkata keperluan itu adalah antara beberapa cadangan penambahbaikan yang telah diteliti oleh beliau dalam Sesi Libat Urus Penggubalan Etika Kewartawanan Malaysia (EKM 2024) dan Prosedur Tetap Operasi (PTO) Kad Perakuan Media JaPen, semalam.

Katanya sesi disertai pelbagai wakil agensi Kementerian Komunikasi serta ahli-ahli akademik daripada Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia bertujuan melancarkan usaha JaPen mengeluarkan satu dokumen rasmi sebagai rujukan kepada semua organisasi media dalam membuat pelaporan.

“EKM 1989 sememangnya perlu diteliti semula memandangkan pembentukannya sudah hampir 34 tahun, sesuai dengan perubahan zaman teknologi dan digital kini.

“Ia juga selari dengan hasrat Kerajaan Madani untuk menghapuskan penularan berita palsu dan salah lapor bagi menjamin kualiti penyampaian berita,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau yakin pembentukan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia (MMM) yang dibentang pada sidang pertama Parlimen 2024, dapat memastikan kualiti pelaporan media yang lebih bertanggungjawab. – 20 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related