◉ HEADLINES

Sudah sedar selepas ditidurkan, kondisi Isma Aliff masih lemah, tidak boleh bersuara: Rozita Rohaizad

Isma juga sudah ditempatkan di wad terbuka tetapi masih belum mampu makan seperti biasa

3:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi senior, Rozita Rohaizad yang berkesempatan menziarahi Isma Aliff di hospital semalam, memaklumkan kondisi artis serba boleh itu kelihatan semakin baik selepas dia ditidurkan.

Isma atau nama sebenarnya, Muhammad Latiff Ismail, 59, sebelum ini dilaporkan ditidurkan awal pagi Selasa selepas dikesan mengalami jantung bengkak akibat serangan strok ringan di bahagian kanan badan.

Rozita yang juga anak saudara kepada Allahyarham Puan Sri Saloma ketika dihubungi Scoop berkata, dia menziarahi Isma yang kini masih lagi menerima rawatan di hospital sekitar jam 12 tengahari, semalam.

Isma atau nama sebenarnya, Muhammad Latiff Ismail, sebelum ini dilaporkan ditidurkan awal pagi Selasa selepas mengalami jantung bengkak akibat serangan strok ringan di bahagian kanan badan. – Gambar Instagram Isma Aliff, 21 Disember, 2023

“Saya pergi seorang diri dan ketika itu memang waktu lawatan untuk pesakit. Ketika itu, Isma sudah pun sedar daripada ditidurkan dan dia juga sudah ditempatkan di wad terbuka. Namun keadaannya masih lemah dan dia juga masih belum mampu makan seperti biasa.

“Tapi mungkin, disebabkan teruja sangat melihat saya datang, dia seperti mahu berborak dan berjenaka seperti biasa. Sayangnya dia masih tidak boleh bersuara. Kesan strok ringan turut menjejaskan tangan kirinya dan ada masalah dengan paru-parunya.

“Malah, pergerakan tangan dan badannya yang aktif menyebabkan mesin mencatatkan kenaikan pada tekanan darahnya. Tapi setidak-tidaknya, kehadiran saya membuatkan dia gembira dan mungkin dia juga tidak menjangka saya akan menziarahinya,” katanya.

Rozita turut memuatnaik video dia menziarahi Isma di Instagram miliknya, hari ini.

Jelas Rozita lagi, dia tidak rapat dengan Isma, bahkan tidak pernah bergambar dengan pelakon, penyanyi dan pelawak era 80-an itu sebelum ini.

“Tapi, kami berada dalam kumpulan Whatsapp yang sama dan saya memang cukup minat dan suka mendengar celotehnya. Kebetulan, saya tidak berkesempatan melawat waktu Allahyarham Ibnor Riza waktu dia sakit dan sehinggalah dikebumikan.

“Walaupun saya ada menziarahi Allahyarham Datuk M Daud Kilau ketika dia terlantar sakit, tapi saya tidak sempat hadir di hari pengebumiannya. Jadi, saya cuba ambil kesempatan untuk melawat dan menziarahi Isma. Kebetulan adik dan anak saudaranya ada,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Rozita bakal menjayakan acara Merakyatkan Seni Budaya bersama Aswara di sebuah perkampungan Jawa di Muar Johor pada 24 Disember.

Rozita juga akan membuat persembahan dalam sebuah acara di Shah Alam sempena sambutan ambang Tahun Baru 2024. – 21 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related