◉ HEADLINES

Satu batalion PGA gempur sarang pendatang asing di Jalan Silang

Dianggarkan 1,000 pegawai dan anggota pasukan lengkap bersenjata menyerbu sarang penempatan warga asing yang menjadikan kawasan tersebut tidak ubah seperti perkampungan mereka sendiri

6:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Hampir satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini dikerah bagi menggempur dan ‘membersih’ penempatan warga asing di Jalan Silang di sini.

Tinjauan Bernama mendapati dalam operasi yang bermula kira-kira 11 pagi itu, dianggarkan 1,000 pegawai dan anggota pasukan lengkap bersenjata menyerbu sarang penempatan warga asing yang menjadikan kawasan tersebut tidak ubah seperti perkampungan mereka sendiri.

Ini termasuk membuka premis perniagaan yang menjual barangan dari negara mereka selain menjadikan premis di kawasan itu sebagai tempat kediaman dengan tidak menjaga kebersihan sehingga menimbulkan bau busuk.

Biarpun ada cuba menyembunyikan diri, namun pemeriksaan teliti dari premis ke premis di empat blok di lokasi berkenaan selain kepungan besar-besaran, menyebabkan banyak warga asing yang kebanyakannya warga Bangladesh, Myanmar dan Nepal tidak sempat melarikan diri.

Sehingga 2 petang tadi, dianggarkan lebih 500 warga asing telah ditahan dan dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur untuk proses semakan dokumentasi.

Difahamkan polis akan mengadakan satu sidang media khas berkenaan operasi tersebut pada 5 petang ini di Pulapol. – 21 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related