◉ HEADLINES

Polis cari pemandu lori, kereta terbabit kes ‘samseng jalanan’ di Jerantut

Kejadian dipaparkan menerusi video berdurasi 53 saat itu menyaksikan sebuah lori yang dipandu secara merbahaya, cuba ‘mencucuk’, mengganggu perjalanan dan menghampiri Proton Persona

6:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat menjejaki pemandu lori dan kereta yang terbabit dalam kes ‘samseng jalanan’, seperti dipaparkan menerusi video tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis berkata, pihaknya mengesan video itu pada jam 8.30 pagi ini yang memaparkan sebuah lori dipandu secara merbahaya, cuba mengganggu perjalanan dan menghimpit kereta jenis Proton Persona di laluan sama.

Menurutnya, kejadian itu sempat dirakam seorang pengguna jalan raya yang berada di lokasi dan hasil semakan polis mendapati, ia berlaku di Batu 1, Jalan Jerantut – Benta (arah Jerantut).

“Kini, pihak polis sedang giat menjejaki pemandu lori dan pemandu kereta yang terbabit serta meminta kedua-dua pemandu di dalam video berkenaan, tampil ke Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, Pahang bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1).

“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, diminta tampil membantu pihak polis dengan hadir atau menghubungi bahagian itu di IPD Jerantut, Pahang di talian 09-2666889,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Terdahulu, tular video berdurasi 53 saat memaparkan lori terbabit yang berada di belakang kereta berkenaan, cuba memotong namun gagal kerana terdapat kenderaan dari arah depan.

Lori terbabit kemudian ‘mencucuk’ kereta itu dan cuba menghimpitnya di laluan berselekoh.

Pemandu lori itu kemudian dilihat membrek secara mengejut sehingga kelihatan kesan tayar di jalan untuk menghalang kereta berkenaan daripada meneruskan perjalanan.

Rakaman dibuat pengguna itu menyaksikan pemandu lori itu keluar dan menuju ke arah kereta terbabit. – 24 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related