◉ HEADLINES

Mohamad Sabu kekal Presiden Amanah, Mujahid timbalan

Keputusan sebulat suara yang sudah dijangka itu diumumkan pada Konvensyen Amanah 2023 hari ini

7:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Sabu sekali lagi dilantik sebagai Presiden Amanah bagi penggal ketiga dalam pemilihan Amanah sesi 2023-2026.

Keputusan sebulat suara yang sudah dijangka itu diumumkan pada Konvensyen Amanah 2023 oleh Speaker Azhar Shukur.

Sementara itu, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa dilantik sebagai timbalan presiden yang baharu.

Mesyuarat 27 ahli jawatankuasa Amanah yang baharu turut sepakat melantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang mendapat undi tertinggi sebagai Naib Presiden.

Dua lagi yang dilantik sebagai Naib Presiden ialah Dr Siti Mariah Mahmud dan Adly Zahari.

Mengikut perlembagaan Amanah, ia mengehadkan jawatan presiden dipegang selama tiga penggal sahaja.

Perlembagaan parti juga menetapkan lima jawatan kedudukan tertinggi akan dipilih oleh 27 ahli jawatankuasa pimpinan.

Sementara itu, bagi jawatan kuasa speaker dan timbalan speaker, ia dimenangi Azhar dan Onn Jaafar.

Terdahulu, pemilihan Amanah sesi 2023-2026 hari ini, menyaksikan Dr Dzulkefly memperolehi undian tertinggi, iaitu 900 undi bagi merebut 27 tempat ahli jawatankuasa parti itu.

Keputusan tersebut juga menyaksikan jumlah undi diperolehi beliau mengatasi Mohamad dengan 613 untuk berada di tangga kelapan.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berada di kedudukan kedua tertinggi dengan 899 undi, diikuti Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof ketiga (755).

Seramai 98 calon bertanding bagi pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah kali ini, bagi merebut 27 kerusi ditawarkan. – 24 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related