◉ HEADLINES

Ada bau busuk, dari jauh sudah berbau: Pengunjung tapak jualan jumpa mayat dalam kereta

Turut ditemukan nota bertulis ’Tolong hubungi abang atau kakak saya’ dalam kereta

9:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengunjung di tapak jualan but kereta (car boot sale) di Damansara dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah kereta, pagi semalam.

Dalam perkongsian di laman X, seorang peniaga berkata, kejadian disedari selepas ramai yang mengadu terhidu bau busuk kurang menyenangkan ketika berada di kawasan berhampiran.

“Ada bau busuk, ingatkan najis haiwan, dari jauh sudah berbau.

“Selepas itu ada orang nampak lelaki terbaring dalam kereta dan sudah kembung. Ada salinan kad pengenalan di depan keretanya,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi mendakwa menemukan nota dipercayai ditinggalkan mangsa di dalam kereta tersebut.

“Tolong hubungi abang atau kakak saya,” menurut nota itu.

Scoop sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai kejadian itu. – 25 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related