◉ HEADLINES

Baru sahaja sopan semasa Free Palestin, kini semua ‘free’ tengok: Netizen kecam Nadia Brian berpakaian seksi

Nadia memuat naik foto memakai gaun pendek berwarna hitam yang dipadankan dengan rambut palsu berwarna perang muda

5:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pelakon jelita, Nadia Brian dikecam netizen gara-gara berkongsi gambar terbarunya yang berpakaian seksi.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, berkongsi fotonya yang memakai gaun pendek berwarna hitam di akaun Instagram.

Disebabkan itu, ramai netizen mengecamnya kerana menurut mereka Nadia seolah-olah tiada pendirian.

“Baru jer (sahaja) sopan masa ‘Free Palestine’. Sekarang semua ‘free’ tengok,” komen salah seorang pengguna Instagram.

“Kata dulu nak belajar lebih tentang agama. Akhir zaman,” tulis seorang lagi netizen.

Namun di sebalik kecaman yang diterima, ada juga yang memuji kecantikan Nadia dan dia turut disamakan dengan selebriti terkenal Hollywood, Britney Spears.

Nadia sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk berhijab di masa akan datang selepas fotonya berhijab menerima pujian ramai.

Namun kata Nadia, dia terikat dengan kontrak drama baharu. – 26 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

◉ Related