◉ HEADLINES

Banjir Kelantan: 90 peratus kawasan Rantau Panjang dinaiki air

Bencana itu turut menyebabkan benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok di Kampung Lanchang, Rantau Panjang pecah dengan kelebaran 20 meter akibat arus deras

9:56 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Banjir teruk yang melanda Rantau Panjang, Kelantan susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu, kini menyaksikan 90 peratus daripada kawasan di daerah berkenaan dinaiki air.

Menerusi kenyataannya kepada media, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Zainal@Jainal Madasin berkata, beberapa jalan utama ke Rantau Panjang ditenggelami air.

Katanya, paras air direkodkan adalah tinggi dan hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Zainal@Jainal Madasin berkata, beberapa jalan utama ke Rantau Panjang sudah ditenggelami air dan hanya boleh dilalui kenderaan berat. – Gambar JBPM Kelantan, 27 Disember, 2023

“Kami juga difahamkan paras air Sungai Golok mencatat bacaan tertinggi berbanding tahun sebelun ini dengan 11 meter, sehingga menyebabkan beberapa penempatanya yang sebelum ini tidak menerima limpahan air turut terjejas.

“Bagaimanapun, hari ini (semalam) paras air dilihat sedikit menurun tetapi semua penduduk dinasihatkan untuk berjaga-jaga.

“Kita bimbang jika hujan masih berlaku selain paras Sungai Jenob di Tanah Merah juga masih di tahap amaran,” katanya.

Begitpun beliau berkata, keadaan masih terkawal menerusi kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta agensi lain, seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart).

Keadaan di Rantau Panjang, Kelantan yang kini ditelenggami banjir. – Gambar ihsan Agensi Pengurusan Bencana Negara, 27 Disember, 2023

Menurutnya, pihak JBPM Kelantan bersiap siaga 24 jam membantu mangsa banjir bukan sahaja di jajahan Pasir Mas, malah beberapa daerah lain seperti Kuala Krai, Machang dan Gua Musang yang turut dilanda banjir.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Marinamarican Abdullah memaklumkan, benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Lanchang di Rantau Panjang pecah dengan kelebaran 20 meter (m) akibat arus deras pagi semalam.

Menurutnya, benteng itu berketinggian lebih 10 m, namun air Sungai Golok mencecah 11.03 m. – 27 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related