◉ HEADLINES

‘Rumah saya turut dinaiki air’: MB Kelantan

Nassuruddin berkata, paras air di sekitar kediamannya naik mendadak mulai tengah malam tadi

1:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Banjir teruk yang melanda Kelantan, turut menyebabkan kediaman Menteri Besarnya, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Kampung Meranti, Pasir Mas dinaiki air.

Mohd Nassuruddin memaklumkan, paras air naik mendadak mulai tengah malam tadi.

“Paras air naik agak cepat. Lewat malam tadi kawasan rumah saya turut dinaiki air dan sekitar Kg Meranti.

“Alhamdulilah, pagi ini masih dapat melaksanakan tugasan rasmi ke pejabat untuk memimpin Mesyuarat Exco di Kota Darul Naim,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau turut berterima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan yang bertindak pantas memindahkan mangsa banjir, susulan air naik mendadak di kampung berkenaan.

“Diharap semua mangsa dan rakyat dapat terus waspada terhadap maklumat semasa untuk elakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Awasi anak-anak dan keluarga, di samping berdoa agar keadaan segera pulih,” katanya.

Mohd Nassuruddin Daud menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjong dan Sekolah Kebangsaan Chicha Tinggi. – Gambar Facebook Mohd Nassuruddin Daud, 27 Disember, 2023

Setakat pagi ini, Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 17,466 orang dipindahkan ke 89 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah itu menyaksikan peningkatan daripada 15,145 orang yang ditempatkan di 92 PPS pada 4 petang semalam. – 27 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related