◉ HEADLINES

Polis buka 25 kertas siasatan berhubung penipuan sebuah syarikat pengendali umrah

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya juga telah menggantung lesen syarikat terbabit

3:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 25 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kes penipuan membabitkan sebuah syarikat pengendali umrah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa.

Beliau berkata, kertas siasatan berkenaan kini sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Rohaimi berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) juga telah menggantung lesen syarikat terbabit.

“Sejak penggantungan lesen oleh MOTAC pada 10 Julai lepas, tiada pakej umrah baharu ditawarkan syarikat itu kepada orang awam dan tiada kes baharu dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa penipuan pakej umrah mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat berkenaan selepas syarikat itu didakwa gagal membayar ganti rugi kepada mereka.

Mengenai dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia yang menyatakan bahawa tiada tindakan diambil dalam kes berkenaan, Rohaimi berkata, ia tidak tepat.

Beliau berkata, menurut kenyataan media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pada 29 November lalu, sebanyak 21 kertas siasatan dibuka berhubung penipuan pakej umrah melibatkan angka kerugian lebih setengah juta ringgit.

“Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia juga telah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap 177 aduan melibatkan tuntutan sebanyak RM4,335,073.07. Selain itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga telah mengambil tindakan menyenaraihitamkan (sekatan pentadbiran) syarikat dan kedua-dua pengarahnya di bawah Akta 614,” katanya. – 27 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

◉ Related