◉ HEADLINES

Keseronokan mandi sungai berakhir tragedi, budak 11 tahun dikhuatiri lemas

Mangsa yang dihanyutkan arus deras gagal ditemukan orang awam menyebabkan mereka menghubungi bomba

8:17 PM MYT

 

KUALA TERENGGANU — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mandi-manda bersama adik dan rakannya di Sungai Tok Hakim di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kehilangan Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan pada 4.46 petang.

Beliau berkata sejumlah 19 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) termasuk enam daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dikejarkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Menurut saksi kejadian, mangsa bersama adik lelakinya Muhammad Firas Wafiy yang berusia sembilan tahun dan seorang rakannya mandi-manda di sungai ini sejurus selepas waktu Asar.

“Muhammad Firas Wafiy serta rakannya berjaya diselamatkan namun mangsa yang dihanyutkan arus deras gagal ditemukan orang awam menyebabkan mereka menghubungi bomba,”  katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Rozizah juga berkata operasi SAR bermula pada 5 petang dengan kekuatan lima jentera dan sebuah bot. — 27 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

Be decisive, take action on president Karim, Malaysian Athletics told

Former leading sports figures warn of consequences, including sanctions on Malaysia

◉ Related