◉ HEADLINES

Ahli politik, pelakon popular Tamil, Kapten Vijayakanth meninggal dunia

Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengalami radang paru-paru dan kesukaran bernafas akibat Covid-19, sehingga terpaksa bergantung kepada sokongan ventilator

1:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengasas parti politik Desiya Murpokku Dravida Kazhagam (DMDK) dan pelakon Tamil terkenal, Narayanan Vijayaraj Alagarswami atau lebih dikenali Kapten Vijayakanth, 71, meninggal dunia di Chennai, India hari ini.

Berita sedih itu disahkan pihak Hospital Miot yang merawat pemimpin terbabit selepas beliau dimasukkan ke situ kerana mengalami masalah paru-paru, sehingga terpaksa bergantung kepada sokongan ventilator.

Katanya, pegawai perubatan sudah mencuba memberikan rawatan terbaik, namun beliau disahkan meninggal dunia susulan kondisi kesihatannya.

“Kapten Vijayakanth terpaksa bergantung kepada sokongan ventilator (alat bantuan pernafasan) selepas beliau dimasukkan ke hospital untuk masalah radang paru-paru.

“Di sebalik usaha terbaik dilakukan kakitangan perubatan, beliau meninggal dunia pada pagi 28 Disember 2023,” katanya menerusi kenyataan seperti dilaporkan Hindustan Times.

Vijayakanth dilaporkan tidak sihat dan kurang aktif dalam kerjayanya sejak empat hingga lima tahun lalu, malah menyaksikan isterinya, Premalatha mengambil alih secara rasmi tanggungjawab mengemudi DMDK pada 14 Disember ketika wanita itu dilantik sebagai setiausaha agung parti politik berkenaan pada mesyuaratnya di Chennai.

Beliau lebih mesra digelar sebagai ‘kapten’ kerana lakonannya dalam filem yang menyaksikannya sering membawakan watak tentera.

Dia turut dikenali sebagai pelakon serba boleh dengan meraih kegemilangan dalam kerjaya dan filemnya meraih kejayaan di pawagam.

Sepanjang kariernya sebagai pelakon, beliau muncul dalam 154 filem sebelum membuat keputusan menceburi bidang politik. – 28 Disember, 2023

Topics

 

◉ Popular

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related