◉ HEADLINES

Empat ‘Superman’ mengaku tidak bersalah pamer aksi bahaya di LPT1

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda hingga RM15,000

2:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Tiga penuntut institusi pengajian tinggi dan seorang remaja berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Temerloh kerana menunggang secara melulu dan berbahaya di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) pada Ahad lalu.

Tertuduh, Ammar Muizzuddin Abdul Aziz, 19; Wan Muhammad Syahmi Wan Zulkififli, 20, dan Mohamad Haiqal Mohd Hanafi, 22 tahun adalah penuntut institusi pengajian tinggi, manakala seorang lagi tertuduh adalah pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah di Temerloh, bagaimanapun tidak mengaku salah di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil.

Video aksi ‘Superman’ mereka ketika menunggang di LPT1 itu telah tular di media sosial, beberapa hari lalu.

@scoopdotmy

Aksi ‘superman’ mengundang padah, penunggang motosikal di LPT1 kini diburu polis. #newsattiktok #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #moto

♬ SUPERMAN FLY – The Majorz

Kesalahan didakwa dilakukan kira-kira jam 6.30 petang, 24 Disember lalu di Kilometer 127 LPT1 arah timur, sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda hingga RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Zaffar dan semua tertuduh diwakili Khairul Anuar Abu Hasan Ashaari.

Rabu lalu, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata polis sedang menyiasat video tular yang memaparkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal melakukan gaya “superman” sehingga menyebabkan berlaku kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Menurut Mazlan, pihaknya telah mengesan rakaman video berdurasi 28 saat berkenaan yang tular menerusi media sosial pada 10 pagi tadi.

Beliau berkata kejadian terbabit didapati berlaku di KM 127 arah timur LPT 1 pada Ahad lepas dan dirakam sendiri oleh seorang daripada penunggang motosikal berkenaan. – 29 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related