◉ HEADLINES

MCA tegur DAP: ‘Sampai bila mahu cabar sensitiviti kaum, agama?’

DAP seharusnya fokus tambah baik urusan pentadbiran negara, jaga kebajikan rakyat

10:48 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Sudah-sudahlah bermain dengan isu sensitif’.

Demikian tegur Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong terhadap DAP yang dilihat semakin berani mengeluarkan kenyataan-kenyatan sensitif yang boleh menggugat keamanan dan keharmonian awam khususnya berkaitan agama, bangsa dan institusi diraja.

Malah beliau melontarkan persoalan sampai bila DAP mahu menduga kesabaran serta mencabar sensitiviti kaum dan agama yang hanya akan membawa lebih banyak musibah daripada kebaikan?

“Terbaharu, Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham mencetuskan kontroversi apabila menyarankan kerajaan melantik pakar daripada masyarakat bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.

“Timbul persoalan awam, apakah DAP mahu mengatakan bahawa tiada orang Islam yang arif dan bijak berhubung perundangan syariah? setelah lebih enam dekad Malaysia merdeka, adakah beliau (Ngeh) tidak faham Perlembagaan Persekutuan di mana undang-undang syariah hanya terpakai kepada orang Islam?” Soalnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas cadangan Ahli Parlimen Beruas itu supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.

Terdahulu, media melaporkan Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke menegaskan bahawa cadangan Ngeh itu adalah satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa khas berkenaan dan DAP komited terhadap prinsip hormat-menghormati dan keharmonian antara agama serta kaum.

Susulan itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bertitah bahawa MKI yang dipengerusikan baginda, memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam.

Mengulas lanjut, Neow berkata, DAP seharusnya fokus terhadap usaha-usaha menambah baik urusan pentadbiran negara dan menjaga kebajikan rakyat secara umumnya selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, ia sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dalam menjaga hati semua kaum serta mengutamakan semangat perpaduan dalam kepelbagaian seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

“Perpaduan negara yang terbina selama ini oleh Kerajaan BN perlu dipertahankan demi kesejahteraan rakyat dan negara. Sudah-sudahlah bermain dengan isu sensitif. Jika ada perkara yang hendak dibangkitkan dan ikhlas, gunalah saluran yang betul iaitu secara tertutup. Tambahan pula DAP kini berada dalam Kabinet kerajaan,” katanya. – 30 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related