◉ HEADLINES

Usaha PM dipuji, ‘peruntukan banjir ini manfaatkan rakyat kami’: MB Kelantan

Nassuruddin berkata, usaha baik Anwar itu juga akan memperkukuhkan semangat federalisma antara kerajaan negeri dan Persekutuan

3:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyaluran kewangan berjumlah RM916.52 juta bagi projek banjir di negeri berkenaan, bakal memberi manfaat terhadap kesejahteraan rakyat tempatan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, usaha baik Perdana Menteri itu juga akan memperkukuhkan semangat federalisma antara kerajaan negeri dan Persekutuan, malah selari dengan budaya politik matang dan sejahtera.

“Pertama, kelulusan peruntukan segera bagi membina benteng sementara bagi projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersatu (PLSB) Sungai Golok di Rantau Panjang bernilai RM6 juta.

“Kedua, proses perolehan bagi lima projek baharu tebatan banjir di Kelantan bernilai RM910.52 juta yang akan dimulakan pada tahun 2024,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, kerajaan Kelantan turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas penyaluran Wang Ihsan bernilai RM 177.96 juta kepada negeri berkenaan.

“Keseluruhan terimaan Wang Ihsan bagi tahun 2023 kepada Kelantan adalah RM216.96 juta,” katanya.

Nassuruddin berkata, pentadbirannya juga menyambut baik pengumuman Perdana Menteri semasa turun ke Kelantan bagi meninjau situasi banjir dan melawat mangsa bencana itu di pusat pemindahan sementara (PPS).

“(Malah) Kerajaan Negeri pula akan mengambil segala langkah yang perlu untuk menyegerakan urusan pengambilan balik tanah untuk projek ini,” katanya.

Kelmarin, Anwar mengadakan lawatan ke Kelantan dan meluangkan masa beberapa jam untuk meninjau situasi banjir buruk di negeri berkenaan.

Antara lokasi dilawati Perdana Menteri adalah Jambatan Lubok Jong, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kiambang, Repek dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati.

Menerusi kenyataannya, Anwar berkata, kerajaan Persekutuan akan terus memantau situasi banjir di Kelantan dengan rapi dan memastikan mangsa banjir mendapat tempat berteduh.

Katanya, kerajaan Persekutuan juga akan berusaha mengatasi kesan buruk musibah banjir.

Anwar turut mengumumkan bantuan awal sebanyak RM50 juta daripada Agensi Pengurusan Banjir Negara (Nadma) untuk mangsa banjir di Kelantan.

Peruntukan itu, katanya, bagi membantu keluarga yang terpaksa berpindah ke PPS susulan kawasan kediaman dinaiki air dan setiap daripadanya, akan menerima RM1,000 serta tambahan bantuan lain bergantung pada kerugian dialami mereka. – 30 Disember, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related