◉ HEADLINES

Menari di Pangkalan Pasukan Gerakan Udara?: Premis sudah lama ditutup

Polis mengesahkan konsert berlangsung 16 Disember lalu, premis PDRM sudah diserahkan kepada pemaju

8:52 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan video tular memaparkan beberapa individu menari di sebuah hangar berlatar belakang tulisan PDRM adalah program Rock The World 2023, yang diadakan 16 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, tapak di mana konsert itu berlangsung merupakan Pangkalan Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang lama dan telah ditutup.

Malah katanya, tapak itu telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak pemaju.

“Semalam, pada jam 3.30 petang, terkesan satu video berdurasi 16 saat dimuat naik oleh pemilik akaun laman X bernama ‘Isu Semasa Viral’.

“Ia memaparkan beberapa individu sedang menari sambil mendengar muzik. Hasil siasatan polis mendapati, kejadian tersebut berlaku pada 16 Disember lalu di KL Base, Jalan Lapangan Terbang Lama, Pangkalan Pasukan Gerakan Udara, Kuala Lumpur ketika berlangsungnya konsert Rock The World 2023,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pihak polis telah menerima pemakluman dan lesen telah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Justeru kita menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas berhubung video tular berkenaan. – 1 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related