◉ HEADLINES

Laporan perisikan memang kami peroleh seawal penerbangan mereka sampai ke Dubai: Zahid

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang didakwanya terlibat dalam komplot Langkah Dubai

1:21 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui beliau menyedari komplot Langkah Dubai untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan sebelum individu terbabit tiba di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurutnya, laporan mengenai perkara itu sudah diketahui seawal penerbangan individu terbabit ke negara itu.

“Laporan dari segi perisikan memang kami peroleh seawal penerbangan mereka sampai ke tempat itu (di Dubai),” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang didakwanya terlibat dalam komplot itu.

Desas-desus muncul sebelum ini mengenai ‘Langkah Dubai’ yang didakwa digerakkan oleh pemimpin parti pembangkang, termasuk wakil tertentu kerajaan, dengan matlamat sama untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Cubaan didakwa itu didedahkan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop.

Selain pemimpin pembangkang, ‘Langkah Dubai’ didakwa turut disertai tokoh politik veteran berpengaruh berpangkat Tun yang bersekongkol dengan pembangkang, termasuk dituduh menggunakan ‘sumber asing’ untuk menggulingkan pentadbiran diterajui Anwar.

Mengulas lanjut, Zahid bagaimanapun menyifatkan langkah tersebut hanya membuang masa kerana Kerajaan Perpaduan memiliki majoriti dua pertiga dan keutamaan ketika ini adalah untuk membangunkan negara terutama dari segi membangun ekonomi dan beri kesejahteraan kepada rakyat.

“Bukan soal-soal politik. Tunggulah sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kalau mereka mahu tukar kerajaan.

“Kerajaan yang ada akan beri tumpuan untuk perkukuhkan ekonomi, membantu rakyat dan mewujudkan kestabilan dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya. – 2 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

PKR wants Aminuddin Harun retained as Negri MB: Anwar

PKR wants Datuk Seri Aminuddin Harun to be retained as Negri Sembilan Menteri Besar if the Pakatan Harapan-Barisan Nasional alliance wins the state elections next month.

Testing secrets, or trade restraint? Dispute over oilfield tech ends with quiet withdrawal

Intertek’s Malaysian unit alleged ex-staff misused proprietary water monitoring system, but defendants argued “Sidestream” method was common industry practice

Delay in action may create racial issue, says family rep of student made to stand under sun for hours

Police, MoE have not made any meaningful progress in probe when a similar case involving Indian teacher abusing Malay child in May was already solved, spokesperson highlighted

◉ Related