◉ HEADLINES

Rogol remaja, buruh kasar ditahan dalam bas ketika cuba larikan diri

Suspek dikatakan merogol mangsa yang berumur 13 tahun itu di kawasan sawah, selepas membawanya bersiar-siar dari Pasir Puteh ke Besut sempena meraikan tahun baharu

1:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang buruh kasar ditahan polis selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur berumur 13 tahun dalam kejadian di kawasan sawah di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superitendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menahan suspek berumur 17 tahun itu di dalam bas di Bentong, Pahang pada kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Menurutnya, ketika ditahan, suspek dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur.

“Pada 1 Januari lalu, jam kira-kira 6.50 pagi, pihak polis menerima satu laporan berkaitan kes rogol membabitkan mangsa seorang kanak-kanak bawah umur berusia 13 tahun dalam kejadian di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh Kelantan.

“Dalam kejadian terbabit, mangsa dikatakan keluar bersama suspek tanpa pengetahuan ibunya dengan menaiki sebuah motosikal dari Pantai Bukit Keluang, Besut menuju ke Pasir Puteh.

“Suspek membawa mangsa bersiar-siar di sekitar Besut dan Pasir Puteh sempena menyambut tahun baharu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook malam tadi.

Beliau berkata, suspek kemudian membawa mangsa ke kawasan sawah padi berkenaan sebelum merogolnya.

“Suspek kemudian meninggalkannya di tepi jalan berhampiran Balai Polis Banggol Judah, Machang sebelum mangsa ditemui ahli keluarganya,” ujarnya.

Zaizul Rizal berkata, suspek akan  direman bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.,” katanya. – 3 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related